Agensi berita CNN mengemukakan permohonan maaf susulan insiden melakukan penggambaran di pusat asuhan kanak-kanak di Nong Bua Lamphu, Thailand yang menjadi lokasi tragedi berdarah pada Khamis lalu.<br /><br />Dua wartawan CNN yang terlibat, seorang warga Australia dan seorang warga Britain turut didenda 5,000 baht dan telah meninggalkan negara itu selepas pihak berkuasa mendapati mereka menyalahgunakan visa pelancong.
